Saat mata ini mula-mula melihat dunia.. Celikku beriring dengan tangisan.. Aku pasti pada ketika itu aku menangis kerana aku gembira dilahirkan ke dunia. Dari tapak kaki selebar dua jari, emak, abah, along,angah, alang, achik semuanya menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh..
Waktu mengiringi aku..semakin dewasa dengan pengalaman. Tidak semua yang dirancang menjadi seperti yang diimpikan.. Manusia tidak lepas membuat kesilapan. Begitu juga aku. Tiada siapa yang mahu memberi ruang pada diri ini walau segunung intan dijadikan persembahan.. Aku kesali khilaf diri ini. Aku mencari waktu menebus kembali. Namun, tiada yang sudi. Aku sendiri.
Aku semakin dewasa.. Tidak semua yang diimpi dimiliki. Manusia tidak ada yang sempurna. Begitu juga aku. Tiada siapa yang ingin hampiri menyelami isi hati ini walau selaut kasih aku curahkan.. Aku khilaf dengan kekurangan diri ini.. Aku menebus kasih untuk secangkir rindu.. Namun, tiada yang menghampiri. Aku sendiri.
Aku semakin dewasa.. Tidak semua yang dimiliki kekal selamanya. Manusia tidak ada yang pasrah selamanya. Bagitu juga aku.. Tiada siapa yang menghulurkan simpati pada diri ini walau tiap butir pasir pantai air mata aku sedekahkan.. Aku kekurangan cinta yang indah.. Aku terkilan pada rindu.. Namun, tiada yang memaafi.. Aku sendiri.
Aku semakin dewasa.. Aku memberi semuanya andai aku dapat mencari waktu menebus khilafku agar ada yang sudi. Aku menyerahkan semua andai aku dapat menebus kasih agar rindu ada buatku. Aku tiada lelah tersenyum andai ada yang menghulurkan simpati untuk aku perolehi cinta yang indah.. Semoga aku tidak lagi sendiri..
Namun..aku tetap terluka..
Namun..aku tetap menangis..
Namun..aku tetap berduka..
Namun..aku tetap sengsara..
Untuk tawa dan bahagia mereka..aku korbankan diri ini.. Semuanya kerana aku tidak mahu khilaf diri ini menghilangkan kesudian mereka memberi daku peluang. Semuanya kerana aku tidak mahu kekurangan diri ini melenyapkan rindu mereka untukku.. Semuanya kerana aku tidak mahu cnitaku yang tidak indah ini menelan kemaafan mereka padaku..
Siapakah aku? Adakah ini yang ditakdirkan? Tangis dan sedihku untuk tawa dan gembira mereka?
Andai benar mereka tawa dan gembira dengan tangis dan sedih aku..andai dengan itu mereka menerima aku..
AKU PASRAH DAN BERSERAH..
All right reserved. Copyright controlled.2009
Leave a comment