Pertama sekali ako memohon sejuta kemaafan kerana lambat menulis entri ini dan memberitahu rakan-rakan tentang keputusan pertandingan akhir debat perpaduan dan integrasi nasional. Hanya pada hari ini dan saat ini sahaja aku berkesempatan menulis..
Pada pertandingan yang lalu, UiTM turun menentang UM di mana UM selaku pihak kerajaan. Usul yang di perdebatkan ialah Politikus Punca Masalah Perpaduan di Malaysia .
Persaingan sengit di kedua-dua belah pihak. Kedua-duanya saling berbalas idea dan mengupas isu perdebatan.
Ramai juga adik-adik sekolah menengah yang hadir untuk menyaksikan pertandingan akhir tersebut. Di harap pertandingan ini dapat memberi input yang berguna kepada adik-adik dan sekalian hadirin yang telah melapangkan masa.
Sekalung tahniah buat UNIMAS kerana telah berjaya menjadi tuan rumah dengan jayanya. Tahniah UNIMAS.. Sungguh hebat persembahan dan gimik yang diberikan..
Saat dinanti-nantikan telahpun tiba. En Zalirizal selaku ketua hakim mengumumkan keputusan pertandingan. Usul perbahasan ditolak oleh dewan dengan juri 4-3.. Pendebat terbaik dinobatkan kepada Saudara Mohd Khairulnizam Bakeri dari UiTM..
Tahniah UiTM!! Kita telah berjaya mencipta hatrik untuk pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional!!
p/s: Kepada Abang Bonzai, Kak K, Kak Mas dan Remy tahniah! Kalian adalah yang terbaik!
Kepada pasukan Debat Pengguna, ALL DA BEST esok!! May ALLAH bless us dan mudah-mudahan rezeki menyebelahi kita sekali lagi.. AMIN..
Alhamduliah….nmpknya ini mungkin kemenangan plg bermakna sekali, kerana setelah kita menghadapi pelbagai dugaan, kita mencapai kejayaan. Saya sentiasa mendoakn kejayaan UiTM
Safa: Amin..semoga kejayaan ini dapat diteruskan..