Benci mata ini menatap benar,
Sakit hati ini merasa nyata,
Hingga layu jiwa yang bugar,
Kuncup kuntumnya menadah dusta,
Bertanya kendiri mana hilang budi?
Kelu lidah ini menutur percaya,
Kaku tangan ini menggenggam jujur,
Terkalam kisah pertarungan pedoman,
Tragis…
Bagai taming sari menusuk debar Si Jebat,
Bertanya jiwa mana pergi harga diri,
Patah kaki ini meredah suratan,
Getar dada ini membungkam takdir,
Mahu tersenyum pada cereka kayangan,
Lalu tersungkur di telapak pembohongan,
Andai gangsa biarlah gangsa,
Kerana emas hilang nilainya,
Tali hati pada paksinya,
MAHA TINGGI.. LEBIH ABADI..
Tiada harga dapat mengganti…
Advertisement

Love it. As usual..=)
safa: thanksss….:)