Laut itu biru…
Sebiru langit yg menaungi..
Bila langit itu berbicara tentang sayang..
Gemalai ombak berlagu..
Tenang pantai tiada badai..
Mengungkap sesuap rezeki sang nalayan..
Mentafsir mimpi si pelayar..
Mencorak ria bebas pada unggas..
Mereka cerita gembira pada pantai…
Bila langit itu berbicara tentang amarah..
Tiada tenang saat ombak berpatah arah..
Hiba pantai dipukul gelora..
Termenung duka sang nelayan merenung kolek yg kaku..
Berdebar si pelayar terbata-bata mencari dermaga…
Unggas sedan dalam suara murih si mega..
Memahat riwayat pilu pada jenjam pantai…
Rukunlah wahai laut…
Redalah wahai langit…
Kerana cerita kamu umpama cermin..
Yang menzahirkan kisah kedua-duanya..
All right reserved. Copyright controlled.2010
