“Kalau awak jumpa perempuan yang lebih baik dari saya, awak beritahu sajalah pada saya. Saya akan lepaskan awak pergi kerana dalam hidup saya, saya hanya mahu orang yang saya sayang bahagia. Apa yang saya rasa, biarlah saya sahaja yang rasa. Awak tidak perlu rasa bersalah..” Dia memandang tepat wajah kesayangannya. Dia bahagia. Dia gembira kerana insan dihadapannya itu menerima dirinya seadanya.
Hari-hari yang dilalui dirasakan begitu indah. Hingga, terasa begitu pantas masa berlalu menjemput tawa ria pergi. Hari itu… “Awak, saya dah jumpa perempuan yang lebih baik dari awak. Dia jauh lebih baik dari segala segi. Maafkan saya sebab saya tidak bisa memilih awak.” Mudah kata-kata dilafazkan menghancurkan sekeping hati yang berbunga indah. Namun, bersama air mata Dia gumam semua kenangan dan membenam kesedihan.. Bersama doa Dia kirikam agar “pengganti”nya bisa membahagiakan insan kesayangannya.
“Kamu, apa yang kita kurang kamu beritahulah ye? Kita akan cuba ubah.” Senyuman terukir dibibir Dia dan dibalas manis oleh lelaki tegap didepan Dia. Dia sentiasa berdoa agar lelaki inilah jodoh dari Tuhan untuknya.
Dia sentiasa menjaga hatinya. Kata-katanya tersusun rapi agar tiada melukai. Tindak tanduknya berwaspada agar tiada menyakiti. Ketika itu… “Kamu, kita rasa apa yang kita mahu..kamu tidak boleh beri. Kita dah tak boleh tunggu. Maafkan kita..” Bagai pahanan petir singgah ditelinga Dia. Dia genggam erat cincin dijarinya. Ingin dilontar jauh dalam lebat hujan…hatinya sarat dengan cinta. Dia pasrah langkahnya sendiri kali ini..
“Sayang, I sayang sangat kat U tau.. U jangan tinggalkan I ok? I akan bahagiakan U.. U bahagia, I pun happy..” Dia menggenggam erat jari jemari lelaki berkulit cerah itu. Anak matanya coklat muda.. Renungan matanya tajam. Tepat ke hatinya menusuk bahagia mekar di laman jiwanya.
Setiap hari menjelma indah didepan matanya.. Lelaki itu sentiasa ada di sisinya. Menyayanginya. Merinduinya. Saat itu…” U, my-ex cari I balik. Dia masih sayangkan I dan I keliru sekarang. I sayang U tapi I sayang dia juga. Dia pernah buat bahagia. Kami berpisah kerana sikap bodoh kami. I dah sedar sekarang.. I tak mahu terus menjadi bodoh melepaskan ex I. I mintak maaf Sayang..” Dia terduduk. Terdiam. Bingung. Kelu.. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang.. Dia melihat dirinya di masa lalu. Dia tersenyum….
“Pergilah andai itu yang bisa buat kamu semua bahagia.. Aku diciptakan oleh Tuhan untuk membuat kamu bahagia.. Andai perpisahan itu adalah bahagia untuk kamu, aku relakan.. Andai perpisahan itu adalah senyum tawamu, aku turutkan.. Tinggalkanlah aku.. Perasaan aku ini memang di cipta untuk disakiti dan dilukai.. Kerana dengan luka dan sakit itu adalah kegembiraan untuk orang yang aku sayangi..”
“Aku dilahirkan untuk dilukai…demi senyuman KAMU.. Tiada yang aku kesali kerana setidaknya Aku PERNAH merasai bahagia itu walau dukanya lebih panjang..”
